ads by nuffnang

Join The Best Followers

Tuesday, June 28, 2011

Segmen Automotif - Honda Insight (Teknologi Canggih Menjimatkan)


FUTURISTIK... reka bentuk Honda Insight menawan.
ANDA bijak kerana memilih kenderaan hibrid terutama pemandu di ibu kota apabila kerap berdepan kesesakan lalu lintas.

Enjin jentera itu akan dimatikan secara automatik apabila kenderaan berhenti sepenuhnya, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api dan pencemaran udara.

Bagaimanapun, pengguna tidak perlu bimbang 'kepanasan' dalam kenderaan kerana sistem penyaman udara dan audio masih berfungsi seperti biasa.

Satu daripada model hibrid di negara ini ialah Honda Insight. Dari segi harga, ia dikatakan paling murah selepas kerajaan mengumumkan melanjutkan pengecualian cukai bagi kenderaan hibrid dalam Bajet 2011.

Faktor itu juga menjadikan ia satu kelebihan buat Insight dan memberi peluang lebih ramai memilikinya.

Bahagian hadapannya nampak tajam dengan rekaan aerodinamik bagi mengurangkan rintangan angin selain memberi imej garang, sporty serta dinamik.

Walaupun kenderaan ini kelihatan kompak, ruang dalamnya tetap memberi selesa kepada lima penumpang dewasa dengan enam ruang penyimpanan untuk bekas air.

Insight turut dilengkapi butang mod Econ pada bahagian kanan pemandu untuk meningkatkan penggunaan bahan api secara ekonomi yang dijana menggunakan sistem Motor Bantuan Bersepadu (IMA).

Selain itu, motor elektrik berkenaan mampu menghasilkan 13 kuasa kuda (hp) untuk membantu enjin dengan 'Intelligent Power Unit' (IPU) yang turut membekalkan tenaga kinetik di dalam sistem hibrid pada Insight.

Ia juga dikuasai enjin SOHC i-VTEC 1.3 liter diperbaharui mampu menjimatkan penggunaan minyak dan memberi pembakaran enjin sempurna.

Transmisi Pembolehubah Secara Terus (CVT) dipertingkatkan untuk memberikan pemanduan selesa dengan tork yang cepat bagi memberi prestasi enjin.

Oleh itu, tenaga yang dibekal untuk menggerakkan kenderaan ini sudah cukup mengagumkan terutama untuk pemanduan dalam bandar dengan kelajuan sederhana.

Contoh paling mudah untuk menguji sistem hibrid ini apabila berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana enjinnya dimatikan secara automatik, tetapi penyaman udara dan sistem lain tetap berfungsi. Bagaimanapun, enjin akan dihidupkan sekiranya pedal minyak ditekan secara mengejut untuk meningkatkan prestasi.

Panel meter yang boleh bertukar warna menunjukkan tahap penggunaan bahan api ketika menekan pedal minyak. Jika panel meter hijau, ia menunjukkan tahap penggunaan bahan api minimum.
Jika diterjah bahagian kabinnya, reka bentuk futuristik menjadikan Insight pakej yang seronok dipandu.

Panel meternya dilengkapi paparan pelbagai maklumat elektronik bagi memberitahu pemandu carta dan panduan.

Papan pemukanya yang dilengkapi butang sistem audio dan penyaman udara sungguh mudah ditekan.

Warna hitam yang memenuhi ruang kabin ini menampakkan eksklusif dan boleh mengurangkan kekotoran seperti makanan atau minuman yang tertumpah pada kerusi atau papan pemukanya.

Selain itu, antara yang menjadi kelebihan kereta ini adalah kemampuan pengendaliannya yang hampir sama seperti kereta konvensional.

Penghantaran kuasa, kendalian stereng serta keselesaan terutama di dalam kawasan bandar mengoptimumkan penggunaan kereta hibrid ini. Harga yang relatif rendah untuk teknologi hibrid pada kenderaan masih baru, Insight amat berbaloi jika anda mahu menukar kepada kereta mesra alam.

Bagi yang minat gaya yang lebih Sporty boleh mendapatkan Bodykit Modulo ataupun Bodykit Mugen seperti ini.


SPESIFIKASI

HONDA INSIGHT

ENJIN:
Enjin empat silinder SOHC, I-Vtec dengan IMA

KUASA MAKSIMUM:
88 ps (enjin) dan 14 ps (motor elektrik)

TORK MAKSIMUM:
121 Nm (enjin) dan 78 Nm (motor elektrik)

TRANSMISI:
Transmisi Pembolehubah Secara Terus (CVT)

CIRI-CIRI KESELAMATAN:
Beg udara, ABS dengan BAS

HARGA: bermula RM98,000.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...