ads by nuffnang

Join The Best Followers

Friday, June 17, 2011

Segmen Blog - Tunjukkan Kasih Sayang Anda Sempena Hari Bapa 2011



Ayah, bapa, father, papa, walid atau abah. Tak kiralah apa sahaja nama gelaran yang anda berikan kepada ayah anda, semua sedia maklum kebanyakan daripada kita kurang mesra dengan ayah. Mungkin naluri kejantanan seorang ayah membuatkan perkara ini terjadi secara normal. Namun begitu, bersempena dengan Hari Bapa 2011 pada 19 Jun 2011 (Ahad) ini, apa kata kita imbau kenangan pahit manis bersama ayah kita.

Pengalaman yang tak boleh dilupakan bersama Ayah yang tersayang untuk aku ialah masa aku latihan Rekrut di Ipoh, buat pertama kalinya arwah Ayah menhantar surat kepada aku mintak aku bersabar dengan latihan aku dan Ayah memberikan aku Doa yang ditulis sendiri oleh Ayah dan Kali Terakhir aku bercakap dengan Arwah Ayah ialah apabila Ayah kena Strok, Dalam kesakitan yang amat sangat itu Ayah berpesan supaya aku menjaga Adik-adik dengan baik!. Memang terharu sungguh masa itu...Aku akan menitis air mata setiap kali terkenangkan Arwah Ayah.

Peraduan Hari Bapa


Apa pula kenangan yang anda tak dapat lupakan bersama ayah yang tercinta? Kongsikan di ruangan komen jika anda sudi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...